Tiada Perhimpunan Protes Terhadap Ketua Menteri Sarawak - Polis

Diterbitkan: Isnin, 21 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Dakwaan rancangan untuk mengadakan perhimpunan protes terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak menjadi kenyataan di Padang Merdeka di sini pada Ahad, kata polis.

Tinjauan di Padang Merdeka mendapati keadaan adalah senyap dan tenteram sama seperti hari-hari minggu sebelum ini.

Beberapa pelancong dilihat berjalan melintasi padang itu manakala beberapa kenderaan MPV polis melakukan rondaan di sekitar kawasan berkenaan.

Ketua Polis Kuching ACP Mun Kock Keong berkata polis sedang mengawasi kawasan itu tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Ia adalah petanda baik apabila tidak ada seorangpun yang muncul untuk perhimpunan protes itu," katanya, Ahad.

Khidmat pesanan ringkas (SMS) diedarkan memaklumkan perhimpunan protes terhadap Ketua Menteri Sarawak telah diatur pada 2 petang ini di Padang Merdeka dan meminta penerima SMS itu untuk 'sama ada hadir atau mengelak berada di kawasan itu berikutan dijangka berlaku kesesakan'.

Bagaimanapun, tidak pasti siapa yang bertanggungjawab menghantar sms itu atau pihak yang didakwa menganjurkan protes berkenaan.

Semalam, ketua Gerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS) Francis Siah menafikan pembabitan MoCS.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan