Perlu Guna Media Baru Untuk Dekati Belia - Najib

Diterbitkan: Isnin, 21 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bilangan peminat Facebook beliau sudah mencecah 560,000 orang manakala Twitter sebanyak 80,000 orang.

Perdana Menteri berkata beliau sendiri menjawab semua pertanyaan rakan online apabila mempunyai masa terluang terutamanya ketika dalam perjalanan dari Putrajaya ke Kuala Lumpur dan pada waktu malam. "Saya terpaksa ikuti komunikasi moden seiring dengan perubahan dunia termasuk rakyat Malaysia yang mengikuti cara hidup baru dengan kaedah komunikasi moden antara satu sama lain. Jadi sebagai pemimpin negara, saya tidak boleh lari daripada komunikasi tanpa sempadan dan bilangannya semakin meningkat setiap hari," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap dalam Jamuan Petang 1Malaysia dan Sesi Dialog Bersama Rakan Internet, kira-kira 600 orang berusia 16 hingga 72 tahun dari seluruh negara, di pekarangan Seri Perdana, di sini pada Ahad.

Selain menjawab segala pertanyaan rakan internet, beliau juga menggunakan media baru Facebook dan Twitter itu untuk memaklumkan pengumuman antaranya maklumat mengenai penubuhan Dana Belia 1Malaysia yang bernilai RM20 juta, demi kepentingan belia di negara ini.

Perdana Menteri berkata pengumuman berkenaan projek itu akan dibuat mulai bulan depan dengan belia-belia sendiri mencadangkan projeknya.

Bagi mengetahui pandangan, idea dan cita rasa belia, Najib berkata beliau sedia berjumpa dengan rakan Internet ketika mengadakan lawatan di seluruh negara.

"Kita boleh adakan mesyuarat kecil di lapangan terbang apabila saya tiba atau sebelum saya berlepas, mesyuarat di dewan majlis daerah. Apa yang penting ialah saya akan aturkan lebih banyak pertemuan dan sesi perjumpaan dengan rakan Internet dalam masa terdekat nanti," kata Najib.

Katanya ribuan rakyat Malaysia juga sudah menandatangani program "Mari Berjumpa, Mari Berhubung" program terbaru yang digariskan Perdana Menteri dan akan diperluaskan di seluruh negara dalam masa terdekat.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan