Kementerian Akan Beri Keutamaan Kepada Sekolah-Sekolah Kritikal: Wee Ka Siong

Diterbitkan: Isnin, 21 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Pelajaran hari ini memberi jaminan bahawa keutamaan dari segi peruntukan akan diberikan kepada sekolah-sekolah yang dikenal pasti sebagai tidak selamat diduduki.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata kementerian telah berbincang baru-baru ini dan memutuskan akan memberi keutamaan kepada bangunan yang akan runtuh.

"Saya rasa bukan Tawau saja (terdapat kes sebegini), ada pihak sekolah dari Lahad Datu pun berjumpa saya tadi untuk mengutarakan isu yang sama.

"Apabila saya kata beri keutamaan, peruntukan akan diberi kepada mereka terlebih dahulu," katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai beberapa bangunan di Sekolah Kebangsaan Kukusan, Sekolah Kebangsaan Bahagia dan Sekolah Kebangsaan Jambatan Putih di daerah Tawau yang telah disahkan tidak selamat digunakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Untuk memastikan mereka mendapat keutamaan tersebut, Wee berkata sekolah-sekolah yang mempunyai masalah sedemikian perlu mendapatkan pengesahan daripada JKR atau kumpulan profesional berkaitan dan seterusnya menyampaikan maklumat sedemikian kepada pejabat pelajaran daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), supaya boleh dimajukan kepada kementerian pusat.

"Mungkin masa buat pengauditan belum runtuh, tapi selepas itu mungkin hakisan tanah lebih teruk. Jadi kita mesti dapatkan pihak berkuasa yang kompeten untuk mengesahkannya," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan menimbang untuk memindahkan pelajar-pelajar di sekolah bermasalah sedemikian, Wee berkata pemindahan mungkin merupakan salah satu kaedah tetapi keputusan akan dibuat berdasarkan laporan profesional yang diterima bagi setiap kes tertentu.

Minggu lepas, semasa melawat Limbang, Sarawak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kementeriannya sedang mempertimbang untuk melantik juruperunding bagi menjalankan kajian berhubung kaedah mengatasi masalah-masalah bangunan sekolah daif di seluruh negara.

Muhyiddin berkata daripada satu audit yang dijalankan oleh kementeriannya ke atas kira-kira 10,000 buah sekolah di seluruh negara baru-baru ini, kira-kira 600 buah iaitu enam peratus dikategorikan sebagai sekolah daif.

Dalam pada itu, Wee telah menyampaikan cek sebanyak RM3 juta kepada lembaga pengerusi sekolah SJK(C) Chee Hwa selepas melawat tapak sekolah itu.

Katanya ini merupakan satu peruntukan di bawah pakej rangsangan ekonomi kedua dan ia diberikan selepas kelulusan diperolehi dari semua pihak diperlukan, seperti pihak berkuasa tempatan (PBT). Sekolah itu akan menempatkan 28 buah kelas.

"Saya telah diberi taklimat dan dari segi tempoh pembinaan, saya minta juruperunding supaya kalau boleh percepatkan. Pada mulanya mereka mahu 18 bulan hingga 20 bulan untuk siapkan, tapi saya minta kalau boleh hujung tahun ini disiapkan.

"Sekiranya bulan Januari depan ia sudah boleh beroperasi, pendaftaran pelajar boleh dibuat lebih awal. Sebab kalau kita tunggu siap bulan April atau Jun, itu jadi masalah kerana takkan pelajar nak belajar separuh jalan dan tiba-tiba tukar sekolah," katanya.

Beliau juga memuji kerajaan negeri Sabah, sambil berkata ia patut dicontohi kerana secara konsisten telah memberi peruntukan kepada SJK(C) di negeri ini serta sekolah-sekolah mubaligh.

Katanya kerjasama antara kerajaan pusat, kerajaan negeri dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) dalam membangunkan SJK(C) selama ini perlu diteruskan.

Wee berkata kos yang dicadangkan oleh KKCCCI pada permulaannya bagi pembinaan sekolah tersebut adalah RM43 juta, tetapi mereka sedang mengadakan perbincangan untuk mengurangkan belanja dengan mengeluarkan komponen-komponen yang tidak diperlukan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan