Hilang: Calon Pilihan Raya Kampus UM Ditemui

Diterbitkan: Isnin, 21 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Calon pilihan raya Universiti Malaya (UM) Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang sejak petang Sabtu lalu kini kembali ke rumah keluarganya di Sungai Buloh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, Masturah sampai di rumahnya kira-kira pukul 1.30 pagi Isnin.

"Keluarga gadis berkenaan belum memberikan sebarang kerjasama, namun kami berharap untuk merekodkan kenyataannya segera," katanya.

Masturah, pro-Mahasiswa dikatakan telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ancaman dari orang tak dikenali sebelum dilaporkan hilang.

Sementara itu, Zulkifli turut menasihati calon yang bertanding supaya membuat laporan polis sekiranya menerima sebarang ugutan.

"Kami tak boleh ambil tindakan sekiranya pihak yang berkenaan tidak membuat laporan polis dan bekerjasama dengan kami," katanya.

Masturah dilaporkan hilang ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam yang menjadi tempat penginapan luar pelajar universiti itu.

Kehilangan pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam itu disedari oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd. Mansor sejak pukul 5 petang Sabtu sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Pantai.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan