SPR jamin Proses Bawa Peti Undi Guna Heli Telus

Diterbitkan: Ahad, 20 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa cara membawa peti undi dari kawasan pedalaman yang terpaksa menggunakan helikopter atau bot adalah telus. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata pusat-pusat mengundi yang terletak jauh dan tidak dapat dihubungi dengan jalan darat terpaksa ditutup awal berikutan faktor jarak dan cuaca. Beliau berkata peti undi akan dibawa dengan helikopter atau bot ke pusat penjumlahan undi.

"Bilangan kertas undi dalam peti undi tidak akan berubah ketika dibawa helikopter atau bot dari pusat mengundi ke pusat penjumlahan undi.

"Berdasarkan jumlah kertas undi yang telah dikeluarkan dan baki kertas undi, undi dalam peti tersebut tidak akan berubah.

"Tidak mungkin berubah bilangan kertas undi...Saya boleh memberi jaminan kepada dia (pembangkang) bahawa kita tidak akan melakukan perkara-perkara seperti ini.

"Apa yang dimasukkan ke dalam peti undi sebelum dibawa dengan helikopter dan bot ke pusat penjumlahan undi adalah jumlah yang sama," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat SPR dengan parti-parti politik pembangkang Sarawak selama kira-kira dua setengah jam di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian apabila mengulas permintaan parti-parti politik pembangkang Sarawak yang mahu kertas undi dikira di pusat mengundi sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi.

Sebelum ini, parti pembangkang mempertikaikan cara peti undi yang belum dikira dibawa dengan helikopter dari kawasan pedalaman ke pusat penjumlahan undi.

Dalam pilihan raya kecil Galas, PAS mengemukakan bantahan terhadap SPR apabila peti undi yang belum dikira dibawa menggunakan helikopter dari kawasan Orang Asli ke pusat penjumlahan undi di Pusat Sivik, Gua Musang.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan