Sesi Persekolahan SK Methodist Diteruskan Seperti Biasa Mulai Isnin

Diterbitkan: Ahad, 20 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Meskipun kerosakan bangunan pusat sumber Sekolah Kebangsaan Methodist di sini akibat kejadian ribut Khamis lepas belum selesai dibaik pulih, pelajar sekolah itu boleh meneruskan sesi persekolahan mereka seperti biasa pada Isnin.

Guru besarnya, Ishak Noh memberi jaminan bahawa pihak sekolah akan memastikan keselamatan pelajar terpelihara di sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan berjalan.

"Kerja-kerja pembersihan di kawasan sekolah telah mula dilakukan dan pihak sekolah akan memastikan kerja-kerja membaik pulih bangunan akan mengutamakan langkah-langkah keselamatan terhadap murid-murid," katanya kepada pemberita ketika mengiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Datuk Dr Rosli Mohamed meninjau sekolah itu, Ahad.

Dalam kejadian pada 6.15 petang iaitu lima minit sebelum waktu persekolahan sesi petang berakhir, blok Pusat Sumber yang menempatkan beberapa kelas, rosak dan hampir hilang keseluruhan bumbungnya ketika dilanda hujan lebat disertai ribut.

Akibat insiden itu, sekolah itu yang mempunyai 468 pelajar dan 32 guru ditutup pada Jumaat.

Ishak berkata tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu dan hanya seorang pelajar lelaki Tahun Tiga cedera ringan.

Sementara itu, Rosli berkata Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM50,000 bagi pembangunan infrastruktur dan membaik pulih bangunan sekolah yang rosak dalam kejadian tersebut.

Beliau berkata Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil berat mengenai kejadian itu dan bersikap terbuka dalam membantu sekolah yang rosak akibat bencana alam, bagi memastikan kebajikan guru serta pelajar tetap terpelihara.

"Kita mengambil kira dua pendekatan, iaitu bantuan disegerakan bagi membaik pulih bangunan yang rosak dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM27,000 dan selebihnya untuk pembangunan infrastruktur serta pengubahsuaian bangunan bagi tempoh jangka panjang," katanya.

Rosli berkata kementerian akan memantau kerja pembaikan bagi memastikan ia mengikut piawaiaan yang ditetapkan untuk menjamin keselamatan guru dan pelajar.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan