RM4 Billion Wang Tidak Dituntut Pemilik Dan Pewaris

Diterbitkan: Ahad, 20 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Sejumlah RM4 bilion hasil keuntungan yang diperoleh daripada simpanan di institusi-institusi kewangan dan dana persaraan di negara ini masih tidak dituntut pemilik dan waris, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Beliau percaya sebilangan besar daripada mereka tidak mengetahui adanya wang tersebut, yang antaranya diperoleh daripada keuntungan wang simpanan individu di bank-bank konvensional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya wang yang tidak dituntut itu kini disimpan Akauntan Bank Negara Malaysia (BNM) dan beliau berharap pihak terbabit membuat semakan di cawangan-cawangan BNM berdekatan untuk mendapatkan kembali wang itu.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah kepada 83 penduduk di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) kelolaan Risda di Kampung Lati, di sini pada Ahad, beliau berkata pemilik atau pewaris perlu mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan untuk dipertimbangkan bagi membuat tuntutan wang tersebut.

"Jika didapati wang itu masih lagi tidak dituntut dalam tempoh tertentu kerajaan mungkin akan meminjamnya bagi tujuan pembangunan bagi faedah rakyat," katanya.

Mengenai PBR, Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata Umno Kelantan berharap kerajaan pusat sekurang-kurangnya dapat mengekalkan peruntukan RM18 juta sebagaimana yang diluluskan kepada Risda Kelantan sepanjang tahun lepas.

Katanya peruntukan itu penting untuk membantu hampir 1,000 penduduk miskin supaya mereka dapat memiliki rumah sendiri dan membaik pulih rumah yang hampir roboh.

Awang Adek berkata rakyat Kelantan perlu berterima kasih kepada kerajaan pusat yang tidak pernah meminggirkan mereka malah memberi layanan yang istimewa walaupun Kelantan diperintah oleh parti pembangkang.

Ini, katanya kerana sebilangan mereka yang mendapat bantuan PBR diberi peluang memiliki rumah baru sendiri bernilai RM33,000 sebuah secara percuma.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan