PDRM Akan Segerakan Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Kuarters PGA 8

Diterbitkan: Ahad, 20 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyegerakan proses bantuan kepada semua 16 keluarga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion ke-8, Pengkalan Chepa yang terlibat dalam kebakaran awal pagi Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail berkata ini termasuk menyediakan kediaman baru, peralatan persekolahan anak-anak serta makan dan minum.

"Langkah awal telah diambil dengan memindahkan kesemua 89 orang daripada 16 keluarga yang terlibat ke kuarters baru. Bangunan itu belum siap sepenuhnya tetapi atas faktor kecemasan mereka dipindahkan ke bangunan baru itu," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak kebakaran itu di sini pada Ahad.

Hussin turut menyampaikan sumbangan bantuan kewangan daripada Tabung Kebajikan Bukit Aman serta peribadinya kepada keluarga terbabit.

Beliau berkata pihaknya juga sedang menyenaraikan segala keperluan harian yang diperlukan mangsa, terutama membabitkan keperluan pembelajaran untuk anak-anak mereka meneruskan semula persekolahan.

Hussin berkata jumlah kerugian akibat kebakaran yang memusnahkan 24 rumah di empat blok kuarters itu masih dalam siasatan, tetapi dianggarkan melebihi RM1 juta.

Beliau berkata kerja pembinaan Kuarters PGA Batalion 8 yang belum siap akan dipercepatkan bagi memindahkan kesemua baki 77 lagi keluarga anggota PGA yang masih menetap di kuarters lama dan ia dijangka dapat disiapkan tahun ini.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan