Kerajaan Pahang Sedia Tanggung Kos Pelajar Pulang Ke Mesir

Diterbitkan: Ahad, 20 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Kerajaan negeri Pahang akan menanggung sepenuhnya kos tiket kapal terbang 400 pelajar negeri itu yang bakal pulang menyambung pengajian di Mesir selepas krisis politik negara berkenaan kembali pulih.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata selain itu, kerajaan negeri akan memberi sumbangan wang tunai RM500 kepada setiap pelajar terbabit.

"Berdasarkan rekod, terdapat 200 pelajar tajaan Yayasan Pahang dan 200 lagi belajar dengan kos sendiri," katanya kepada pemberita.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau, di sini pada Ahad.

Adnan berkata sumbangan berkenaan adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap semua pelajar terbabit.

"Pemberian wang tunai dan pembayaran tiket kapal terbang itu tiada kena mengena dengan pilihan raya kecil DUN Kerdau. Kita sejak dari dulu sentiasa memberi bantuan sewajarnya kepada semua pelajar Pahang," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri Pahang juga telah menempatkan seorang pegawai khas Yayasan Pahang bagi menjaga kebajikan pelajar Pahang di Mesir.

"Pegawai terbabit memberi laporan setiap hari dan situasi di negara berkenaan, apabila krisis politik kembali pulih, para pelajar baru dibenarkan pulang," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan