DAP Pulau Pinang Tidak Perlu Portfolio Hal Ehwal Bukan Islam

Diterbitkan: Ahad, 20 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan DAP Pulau Pinang tidak perlu mewujudkan portfolio untuk menjaga hal ehwal bukan Islam kerana kerajaan pusat memang sentiasa menjaga kebajikan agama lain di negara ini.

Beliau berkata kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng juga tidak semestinya mengambil pendekatan mewujudkan portfolio berkenaan kerana kerajaan pusat memang memberi perhatian kepada penganut agama lain.

"Kerajaan Pusat juga tidak pernah mengenepikan sebarang aduan atau permintaan yang telah disampaikan oleh agama lain, jadi saya fikir tidak perlu apa-apa lagi institusi atau badan untuk beri perhatian kepada perkara itu (hal ehwal bukan Islam).

"Malaysia juga mengakui rakyatnya bukan semua menganuti agama Islam dan kerajaan sentiasa memberi perhatian hal-hal berkaitan agama lain, setakat ini sudah memadai untuk beri respon kepada sebarang masalah yan timbul," katanya.

Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kepala Batas di sini, Ahad.

Rabu lepas, Lim yang juga Setiausaha Agong DAP mengumumkan penubuhan portfolio baru untuk menjaga hal ehwal bukan Islam yang akan bertanggungjawab ke atas perkara membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu.

Portfolio itu dipengerusikan oleh Lim sendiri, sementara Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy dilantik menjadi timbalannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan