1MDB Peruntuk RM50 Juta Untuk Program Nadi Kasih

Diterbitkan: Ahad, 20 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: 1Malaysia Development Berhad (1MDB)memperuntukkan dana berjumlah RM50 juta dalam tempoh dua tahun untuk program Nadi Kasih, sebuah program khidmat masyarakat membaiki rumah rakyat miskin yang rosak di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Tanggungjawab Sosial Korporat 1MDB Dr Shamsul Anwar Sulaiman berkata program itu dimulakan tahun ini dan setakat ini 400 orang menerima dana tersebut.

"1MDB sasarkan sebanyak 10,000 orang akan terima dana itu untuk dua tahun ini," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau kerja-kerja baik pulih dua buah rumah penduduk yang menerima dana itu di Kampung Lipat Kajang di sini, Sabtu.

Perdana Menteri bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini.

Dr Shamsul berkata di kampung itu sebanyak sembilan buah rumah menerima bantuan tersebut dan setakat ini kerja-kerja baik pulih untuk tujuh buah rumah telah selesai.

Katanya setiap rumah yang terlibat dalam program itu akan menerima dana sebanyak RM5,000 dan kerja-kerja baik pulih akan dilakukan secara gotong-royong bersama penduduk kampung, kontraktor atau bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia bergantung kepada jenis kerja baik pulih yang diperlukan.

"Terbaru dalam program ini, kita telah berjaya membaikpulih 100 buah rumah di DUN (Dewan Undangan Negeri) Tenang dan diharap program ini dapat berjalan lancar untuk kepentingan rakyat seluruh negara," katanya.

Sementara itu, Amin Aman, 57, penerima dana Nadi Kasih di kampung itu berkata beliau pada mulanya tidak menyangka bahawa beliau dipilih untuk menerima dana itu dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah membantu keluarganya.

"Saya baru tahu pagi tadi Perdana Menteri mahu melawat rumah saya, saya dengan keluarga cepat-cepat kemas rumah tetapi tidak kemas sangat kerana tengah dalam proses baik pulih, malu juga beliau datang rumah tidak terurus tetapi beliau tidak kisah, beliau suka tengok rakyat miskin dapat pembelaan seperti saya," katanya yang bekerja sebagai petani.

Bagi Samad Mohd Nor, 75, berkata beliau amat berbesar hati dengan kedatangan Perdana Menteri ke rumahnya yang serba kekurangan.

Najib meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat dua buah rumah yang sedang dibaiki di kampung itu dan turut meletakkan plak program Nadi Kasih 1MDB di dua rumah tersebut.

Terdahulu, beliau menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Chenderah di sini dan mengumumkan peruntukan RM50,000 untuk kegunaan masjid tersebut.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan