Sultan Kedah Tidak Mahu Masjid Diguna Untuk Sebar Ideologi

Diterbitkan: Sabtu, 19 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah tidak mahu masjid digunakan oleh mana-mana pihak untuk meraih sokongan dan menyebar ideologi masing-masing.

Titah baginda, mimbar masjid adalah wadah atau ruang untuk memupuk ukhwah Islamiah sesama muslim dan bukannya gelanggang atau medan untuk melepaskan geram serta cercaan kepada mana-mana pihak.

"Beta berharap supaya Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dapat meningkatkan pemantauan dan seliaan agar tidak timbul sebarang kejadian yang mencemar imej dan kesucian masjid di negeri kita yang tercinta ini," titah baginda ketika merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Tikam Batu dekat sini. Sabtu.

Baginda bertitah masjid adalah tempat suci, bersuasana damai, tenang dan syahdu, maka dengan itu segala kegiatan yang berhubung dengan ibadah dapat diamalkan dengan penuh rasa takwa.

"Masjid wajib dimuliakan, dihormati dan tidak dicemari dengan unsur-unsur yang boleh menafikan kekudusannya. Beta juga berharap semoga masjid menjadi tempat untuk menyuburkan rasa kasih dan cinta sesama Islam," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah baginda amat berdukacita apabila melihat umat Islam terus bermusuh-musuhan dan bersengketa sesama sendiri.

"Penyakit berpecah belah ini adalah datang daripada hawa nafsu dan kepentingan duniawi yang boleh menghancurkan umat. Yang untung hasil perpecahan kita ialah musuh-musuh Islam yang sentiasa menunggu saat-saat kejatuhan kita," titah baginda.

Pembinaan Masjid Al-Khalidiah dibiayai oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi Yayasan Nurjiwa yang mereka tubuhkan selain hasil sumbangan pihak-pihak tertentu.

Masjid baru itu dibina di atas tapak asal Masjid Kampung Permatang Pasir bagi menggantikan masjid lama dengan kos untuk merobohkan masjid lama dan membina masjid baru termasuk menyediakan kelengkapannya berjumlah hampir RM2 juta.

Ia mula dibina pada 1 Dis 2009 dan siap pada Ogos 2010 yang bangunan utamanya boleh memuat seramai 500 jemaah pada satu-satu masa.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan