Polis Selangor Luah Taat Setia Kepada Sultan Menerusi 'Taridra'

Diterbitkan: Sabtu, 19 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis Selangor menampilkan persembahan 'Taridra' bagi menunjukkan kesetiaan dan tanda menjunjung kasih kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah malam tadi. Jumaat.

Pementasan itu dijayakan oleh kumpulan Wariseni Budaya dari Shah Alam, yang menggabungkan elemen lakon, gerak tari, komedi dan nyanyian.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata ia bagi menggambarkan Polis Selangor bersemangat tinggi untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat di negeri itu.

"Selain sebagai tanda menjujung kasih Polis Selangor yang berkhidmat di bawah payung Tuanku, pementasan ini turut memaparkan tentang kekuatan sesuatu bangsa dan negeri yang terletak pada kekuatan ikatan antara rakyat dan pemerintahnya," katanya ketika berucap selepas merasmikan pementasan itu di sini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A.Tahiveegan.

Tun Hisan juga berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab mempertahan dan menjaga kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.

"Bukan sahaja anggota PDRM, malah seluruh rakyat jelata perlu menyemai dalam diri rasa taat kepada raja dan negara...raja dan rakyat berpisah tiada," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan