Pemuda BN Lancar Kempen Kutip Tandatangan Bantah Kerajaan Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 19 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini melancarkan kempen mengutip 100,000 tandatangan belia membantah kerajaan negeri menggunakan wang rakyat untuk membiayai kos guaman Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei sempena Kejohanan Futsal 1Malaysia.

Kempen itu yang diadakan dengan merentang kain putih di setiap pertandingan futsal bagi para belia menurunkan tanda tangan mereka, akan berakhir sebelum April ini, dan kain rentang itu akan digantung di Bangunan Umno Selangor, kata Ketua Pemuda BN Selangor Engku Salleh Engku Jamal kepada pemberita di sini,Sabtu.

Beliau berkata Pemuda BN mengambil tindakan mengadakan kempen tandatangan itu kerana Pakatan Rakyat sebelum ini meuar-uarkan wang rakyat akan digunakan untuk rakyat.

Kini apabila kes Shuhaimi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini 7 Februari lepas atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi di laman blognya pada akhir tahun lepas, kerajaan negeri telah bertindak membiayai kos guamannya, kata beliau.

Pada pertandingan hari ini sebanyak 64 pasukan dari BN Bahagian Kota Raja, yang terdiri daripada pelbagai bangsa menyertainya dan pertandingan itu akan dilaksanakan di kesemua 22 bahagian BN di seluruh Selangor, katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan