MCA Mahu Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan Disemak Semula

Diterbitkan: Sabtu, 19 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA menyarankan penubuhan sebuah panel bagi menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya Menteri Dalam Negeri tidak diberi kuasa mutlak atau budi bicara dalam melulus atau membatalkan permit penerbitan.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata panel itu harus menyemak semula akta itu bagi memastikan keadilan terhadap pemilik media yang melabur jutaan ringgit dalam membeli peralatan dan pembangunan sumber manusia.

"Panel tersebut juga perlu mencari jalan bagi memudahkan pelabur memperoleh permit untuk menerbit," katanya dalam ucapan pada majlis Malam Media MCA dan rumah terbuka Tahun Baru Cina di Wisma MCA,Jumaat.

Dr Chua berkata beliau memahami kebimbangan di kalangan wartawan dan pemilik media berhubung dengan akta tersebut.

Katanya media massa mempunyai peranan memelihara keamanan dan keselamatan negara dan berharap akhbar tidak sensasikan isu-isu semata-mata untuk melariskan jualan surat khabar masing-masing. "Landskap media telah banyak berubah sejak 10 tahun lepas...selain surat khabar, hari ini media sosial menjadi lebih berpengaruh daripada media tradisional. LAGI MCA-MEDIA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR "Rakyat kini lebih terdedah kepada forum internet, blog, twitter dan Facebook, kesemua media baru itu memberi lebih banyak peluang kepada orang untuk menabur fitnah dan menyebarkan maklumat palsu," katanya. Dr Chua percaya perlu wujud aliran bebas maklumat di internet tetapi rakyat tidak perlu mudah terpesong dengan mereka yang menabur fitnah kerana provokasi kecil menerusi media boleh menggagalkan agenda gagasan 1Malaysia. Katanya kewartawanan yang baik dapat membantu membina negara dan meningkatkan kehidupan rakyat dan oleh itu media Malaysia harus menyokong dasar kerajaan yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat dan negara. Dr Chua berpendapat media vernakular perlu berkecuali dari segi kaum dalam laporannya dan menggalakkan kepentingan semua rakyat Malaysia dan tidak tertumpu kepada kepentingan sesuatu komuniti sahaja. Katanya media juga perlu memainkan peranan konstruktif dalam membina negara seperti mengkritik dan mendedahkan kesalahan kerajaan apabila ada kewajaran untuk dikritik. Tetapi pada masa sama, media juga perlu bersedia menjelaskan dan mempertahankan tindakan dan dasar kerajaan yang baik serta menonjolkan pencapaian kerajaan semasa, katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan