Cadangan Pengguna Buat Aduan Menerusi SMS

Diterbitkan: Sabtu, 19 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BELADIN: Pengguna tidak lama lagi mungkin boleh membuat aduan kepada Tribunal Pengguna melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata perkara tersebut telah dibincangkan dengan beberapa syarikat telekomunikasi yang pada dasarnya beberapa daripada mereka telah bersetuju.

"Kita mahu pengenalan sistem aduan melalui SMS dipercepatkan untuk memudahkan pengguna khasnya di kawasan luar bandar membuat aduan kepada pihak Tribunal Pengguna.

"Perbincangan dengan syarikat telekomunikasi kini di peringkat akhir iaitu menentukan kadar caj yang perlu dikenakan pada setiap aduan melalui SMS," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Rohani berkata apabila pengguna membuat aduan kepada Tribunal Pengguna seperti sekarang, mereka dikenakan bayaran RM5 untuk proses pengumpulan fail kes.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan