Belum Ada Tarikh Muktamad Pelajar Kembali Ke Mesir - Khaled Nordin

Diterbitkan: Sabtu, 19 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR GUDANG: Belum ada tarikh ditetapkan bagi pelajar Malaysia kembali ke Mesir menyambung pengajian mereka ekoran keadaan keselamatan yang belum pulih sepenuhnya di Mesir, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata keadaan di Mesir masih belum selamat dengan pihak universiti di sana khuatir tidak dapat mengawal pelajar mereka yang turut terlibat dalam tujuk perasaan terhadap kerajaan mereka.

"Mesyuarat dengan pihak tertinggi universiti di sana akan diadakan Isnin ini mengenai bila universiti-universiti terbabit akan dibuka dan pegawai-pegawai kementerian akan memohon agar pelajar Malaysia tidak didenda sekiranya lambat kembali ke universiti," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau hadir pada majlis perasmian Festival Layang-Layang Sedunia di Bukit Layang-Layang yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurut Khaled, pihak universiti di Mesir hanya dapat menjamin keselamatan para pelajar di dalam kawasan universiti sahaja.

Agensi berita asing turut melaporkan momentum revolusi 25 Januari yang menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak masih kuat dengan ratusan ribu belia Mesir masih berkumpul di Dataran Tahrir.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan