Portfolio Hal Ehwal Bukan Islam Taktik DAP Tarik Undi - Mukhriz

Diterbitkan: Jumaat, 18 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERLUN: Penubuhan portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam oleh kerajaan DAP Pulau Pinang adalah taktik parti itu untuk menarik undi rakyat, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata setiap tindakan yang dibuat oleh DAP ada agenda disebaliknya yang semata-mata bertujuan meraih undi untuk menang dalam pilihan raya.

"Jadi semuanya yang dibuat (DAP) berunsur politik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat Daerah Mengundi Lana Bulu di sini Khamis.

Mukhriz mengulas penubuhan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal bukan Islam yang akan bertanggungjawab ke atas perkara membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu yang diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Rabu.

"Penubuhan portfolio ini nampaknya seolah-olah menggambarkan bahawa selama ini masyarakat Malaysia yang beragama selain agama Islam berada dalam keadaan yang tertindas, walhal kita tahu itu langsung tidak berlaku," katanya.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata dalam Perlembagaan Persekutuan jelas dinyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain juga bebas dianuti oleh warganegara Malaysia kecuali yang beragama Islam.

"Jadi, apabila ditubuhkan portfolio baru (ini), ia seolah-olah satu usaha untuk menghina raja jika dipandang berdasarkan aspek itu," katanya.

Katanya beliau juga ingin tahu jika diwujudkan portfolio begitu, adakah itu bermaksud nanti akan ada peruntukan dan sebagainya yang melibatkan bajet untuk kegunaan mereka.

"Saya rasakan itu adalah satu tindakan yang tidak wajar dan kita cuba memahami apa sebenarnya di sebalik keputusan tersebut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan