Persatuan Sea Dayak Ingin Jadi Anggota Gabungan BN

Diterbitkan: Jumaat, 18 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Persatuan Kebangsaan Sea Dayak Malaysia (PKSDM) ingin menjadi anggota gabungan Barisan Nasional (BN) bagi memupuk semangat muhibah dan kerjasama dalam kalangan rumpun Dayak dan bumiputera, kata pengerusi jawatankuasa sementaranya Jay Tutong.

Beliau berkata PKSDM, yang telah didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada Jumaat lepas, sedang menunggu maklumat balas daripada Setiausaha Agung BN berkaitan permohonan itu.

"Mengikut Perkara 161A (7) Perlembagaan, Sea Dayak adalah satu bangsa di Malaysia manakala Iban merupakan bahasa yang ditutur oleh mereka yang berasal daripada keturunan Sea Dayak," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Tutong, seorang pesara kerajaan, berkata PKSDM kini mempunyai 14,328 anggota protem yang tertumpu di kawasan seperti Batang Ai, Batang Rajang, Bintulu, Miri dan Limbang selain di Kuala Lumpur, Selangor, Johor serta Pulau Pinang.

Katanya PKSDM akan mengembangkan adat istiadat serta adat resam, warisan kebudayaan dan memantapkan bahasa Iban diajar di peringkat yang lebih tinggi daripada sekolah rendah dan menengah pada masa kini. "Usaha ini selaras dengan tujuan kami untuk mengusaha segala kemudahan bagi memajukan pelajaran anak Sea Dayak dalam apa jua bidang," kata Tutong.

Dalam usaha mempertingkatkan lagi status ekonomi Sea Dayak, beliau berkata PKSDM menggalakkan dan membantu usaha pembangunan tanah adat bumiputera (NCR).

Mesyuarat agung pertama PKSDM dijangka diadakan selewat-lewatnya Ogos tahun ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan