Kedutaan Malaysia Pantau Keadaan Di Bahrain

Diterbitkan: Jumaat, 18 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Semua warganegara Malaysia di Bahrain yang dilanda krisis dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar di Manama jika menghadapi sebarang masalah agar langkah segera dapat diambil.

Dalam e-mel kepada rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di negara kepulauan teluk di timur Arab Saudi itu, kedutaan itu juga menasihatkan mereka supaya memastikan kesemua talian komunikasi adalah terbuka bagi memudahkan keluarga dan waris untuk menghubungi mereka.

"Kedutaan kini dalam perhubungan terus dengan pihak berkuasa di Bahrain bagi mendapatkan maklumat mutakhir mengenai perkembangan di Bahrain," menurut nota e-mel itu.

Menurut e-mel itu, kedutaan sentiasa maklum bahawa kebanyakan maklumat mengenai perkembangan di Bahrain dapat dicapai melalui laman web sosial seperti Facebook dan Twitter.

"Sehubungan dengan itu, Kedutaan Besar juga ingin menyarankan bahawa sebarang posting dalam laman-laman web berkenaan adalah berdasarkan kepada maklumat yang objektif dan bukannya khabar angin bagi mengelakkan kebimbangan sanak saudara di tanah air," menurut nota e-mel itu.

Ibu negara Bahrain, Manama, digegarkan oleh demonstrasi anti kerajaan di tengah-tengah laporan bahawa lima orang telah terbunuh selepas tentera bergerak masuk untuk mengawal keadaan.

Masyarakat Malaysia di sini diingatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi dengan Kedutaan Besar bagi memudahkan mereka dapat dihubungi sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Kedutaan besar telahpun mengadakan perbincangan dengan Malaysia Club Bahrain.

E-mel itu juga menyebut mengenai keperluan untuk melantik seorang wakil dari setiap kawasan yang didiami oleh warganegara Malaysia bagi membantu Kedutaan Besar memantau keadaan setempat serta menjalankan kerja-kerja koordinasi antara kedutaan dan warganegara Malaysia di negara teluk. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan