Kawalan Keselamatan Di Tempat Tumpuan Ramai Semakin Baik - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 18 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kawalan keselamatan di kawasan tumpuan ramai semakin baik dan keadaan itu perlu dikekalkan dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengurangkan kes jenayah.

Beliau yang berpuas hati dengan kawalan PDRM di kawasan tumpuan orang ramai seperti di pusat beli belah berkata, keadaan itu turut dirasai peniaga dan pelancong.

"Kalau dahulu peniaga, pengunjung dan pelancong bimbang dengan tahap keselamatan mereka ketika berada di pusat membeli- elah, kini ia semakin baik dan mereka turut berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh kita (PDRM)," katanya kepada pemberita selepas tinjauan mesra di sekitar Bukit Bintang pada Khamis.

Bukit Bintang merupakan antara 11 'hotspot' jenayah di sini yang dikenal pasti PDRM tahun lepas, dan kawasan yang disasarkan untuk dikurangkan indeks kadar jenayah di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Sepuluh lagi 'hotspot' ialah Brickfields serta Kuchai Park yang terletak di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields; Taman Midah, Taman Connaught, Alam Damai serta Bandar Sri Permaisuri (IPD Cheras); dan Jinjang Utara, Metro Prima Kepong serta Danau Kota (IPD Sentul).

Ismail berkata tinjauan mesra yang dilakukan beliau akan diperluas ke seluruh negara, dengan dilakukan polis Selangor esok diikuti negeri lain dalam tempoh terdekat.

Tinjauan itu merupakan program Kepolisan Berprofil Tinggi dan ia satu daripada inisiatif bagi mengurangkan kadar jenayah, terutama jenayah jalanan, seperti yang disasarkan di bawah NKRA.

Di bawah program ini, pegawai kanan polis dikehendaki bersama anggota lain melakukan tinjauan, selain berjumpa serta bermesra dengan orang ramai di tempat dan masa yang ditetapkan secara sistematik.

Ismail turut mengingatkan anggota dan pegawai PDRM agar mengekalkan momentum keselamatan supaya usaha pencegahan jenayah dapat dipertingkatkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan