YPK Akan Taja Penerbangan 50 Pelajar Kembali Ke Mesir

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Sebanyak 50 pelajar Perlis yang menangguhkan pengajian mereka di Mesir ekoran pergolakan di negara itu, bakal menerima penajaan penerbangan oleh Yayasan Pok dan Kassim (YPK) bagi meneruskan pengajian mereka apabila keadaan di negara itu kembali pulih.

Pengerusi YPK Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata walaupun semua pelajar yang pulang ke Perlis berjumlah hampir 160 orang namun pihaknya tidak berupaya untuk menaja kesemuanya.

"Kami hanya menaja 50 pelajar dan selebihnya mungkin boleh ditaja oleh Baitulmal Perlis," katanya ketika ditemui dalam satu majlis perhimpunan 150 pelajar yang terpaksa meninggalkan Mesir baru-baru ini, di Kuala Perlis dekat sini malam Rabu.

Beliau yang juga anggota dewan undangan negeri kawasan Tambun Tulang berkata masa depan mereka perlu dibantu dan antara yang boleh dilakukan ialah menaja penerbangan mereka untuk meneruskan pengajian apabila keadaan di Mesir kembali pulih.

Sementara itu Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Perlis di Mesir, Syed Aisam Syed Idris berkata ketika ditemui di majlis itu berkata beliau berpuas hati dengan tindakan pantas kerajaan membantu pelajar-pelajar di Mesir semasa kekacauan meletus di negara itu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan