UMNO Sabah Mahu "Sultan Sulu" Dipecat

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Umno Sabah mengesyorkan ahli perniagaan Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, yang mengisytiharkan dirinya sebagai 'Sultan Sulu Ke-33' baru-baru ini, dipecat daripada parti itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

"Umno Sabah telah membuat ketetapan untuk mencadangkan kepada Majlis Tertinggi Umno supaya Mohd Akjan dipecat daripada Umno," kata beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Musa berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Umno Negeri malam Khamis.

Mohd Akjan, yang merupakan anggota Umno Bahagian Kota Kinabalu, telah mengisytiharkan dirinya sebagai keturunan Sultan Sulu yang terakhir memerintah, iaitu Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim.

Beliau dikatakan telah diisytihar sebagai Sultan Sulu ke-33 dalam satu upacara tertutup di rumahnya di Kampung Likas di sini pada 2 Feb lepas, yang dihadiri sekumpulan 60 orang, termasuk pengikutnya dari wilayah Sulu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan