Umat Islam Diajak Bersatu Padu Kekalkan Keamanan

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Umat Islam bersama-sama masyarakat lain yang berbilang kaum dan agama di negeri ini perlu terus bersatu padu untuk memastikan keamanan dan kemakmuran terus dikecapi, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata ini bertepatan dengan tuntutan ajaran Islam yang mengandungi banyak hikmah untuk mengenali antara satu sama lain bagi mewujudkan persefahaman dan perpaduan sesuai dengan kepelbagaian kaum dan agama di negeri ini.

"Semangat dan nilai murni ini juga bertepatan dengan matlamat gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun razak bagi mengukuhkan semangat keharmonian, muafakat dan kesejahteraan sesama rakyat bagi mencapai kesejahteraan hidup ummah," katanya.

Berucap pada majlis perhimpunan Maulidur Rasul peringkat daerah Sandakan di sini hari ini, Musa berkata kejayaan dan kegemilangan umat Islam seperti mana yang telah dirintis oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat adalah hasil daripada sikap yang positif, kegigihan dan usaha yang berterusan.

Katanya inilah antara mesej penting Nabi Muhammad SAW yang perlu umat Islam hayati daripada sambutan maulidur rasul ini.

Beliau mengajak umat Islam menghayati makna dan hikmah di sebalik maulidur rasul dan sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan hidup.

Menurutnya penghayatan itu bukan sahaja perlu diterjemahkan dalam bentuk penganjuran majlis seperti ini tetapi yang lebih penting adalah dalam bentuk akidah dan amalan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan