Sultan Johor Mansuh Kuasa Jaksa Pendamai Serta-Merta

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar memutuskan untuk memansuhkan jawatan dan kuasa Jaksa Pendamai (JP) di negeri ini serta-merta dan tidak akan menganugerahkan tauliah itu.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, keputusan itu dibuat kerana JP yang mempunyai kuasa bersamaan dengan Majistret Kelas Kedua tidak lagi relevan pada masa ini.

"Fungsi Jaksa Pendamai pada ketika ini tidak lagi relevan dan oleh kerana itu Tuanku Sultan Johor memutuskan jawatan terbabit dimansuhkan dengan serta merta dan tauliah mereka dikembali ke Istana," katanya pada sidang akhbar di Istana Besar di sini, Khamis.

Beliau berkata, sejak penganugerahan tauliah JP bermula pada 1948 sehingga 1980 seramai 55 individu telah menerimanya, tetapi hanya empat penerima yang masih hidup sehingga hari ini.

Menurut Abdul Rahim, penganugerahan JP itu dilakukan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 98 Akta Mahkamah Rendah 1948, dengan penerima hanya mengendalikan kes-kes kecil dengan jumlah kompaun tidak melebihi RM300.

Katanya, penerima JP Johor kebanyakannya terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir negeri yang menjalankan tugas sebagai JP disebabkan masalah kekurangan majistret di negeri ini tidak lama dahulu.

Bagaimanapun, pada ketika ini, katanya, dengan bilangan majistret yang mencukupi di setiap daerah telah menjadikan tugas sebagai JP tidak lagi relevan mengikut peredaran waktu.

Sementara itu, Abdul Rahim juga berkata, gelaran Diraja Johor bagi Sultanah Zanariah Iskandar telah digantikan kepada Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah Iskandar dengan dibahasakan "Tunku Puan" atau "Tunku."

Beliau juga berkata, gelaran Diraja Johor bagi Sultanah Nora Ismail telah digantikan kepada Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Ismail dengan dibahasakan "Tunku Puan" atau "Tunku."

"Kedua-dua Tunku Puan itu tidak dibenarkan menggunakan gelaran Sultanah," katanya sambil menambah, keistimewaan yang diberikan selari dengan gelaran Sultanah itu turut ditarik balik.

Gelaran Diraja Johor bagi Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, disebut sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith di dalam ucapan serta persuratan dan dibahasakan "Tuanku," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan