RM10 Juta Belanja Baik Pulih MRR2 Tahun Ini, Kata Shaziman

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya akan membelanjakan RM10 juta tahun ini untuk menambahbaik jalan, penghadang jalan, sistem saliran dan juga membaiki beberapa jejambat di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

"Banyak perkara yang perlu diganti, penurapan semula perlu dilakukan dan kita juga akan pastikan permukaan jalan sentiasa selamat untuk pengguna," kata menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Terdahulu, Shaziman meluangkan masa kira-kira sejam meninjau tiga lokasi di MRR2 iaitu di laluan menghala ke Kepong, jejambat Batu Caves dan di susur masuk ke Lebuhraya Karak di Gombak.

Beliau juga berkata kabinet dalam mesyuaratnya pada 19 Januari bersetuju supaya kementerian bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan MRR2 bermula bulan lepas bagi mengelak pertindihan tugas dengan agensi lain.

Menurutnya sebelum ini MRR2 diurus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di beberapa bahagian sepanjang jalan itu yang jarak keseluruhan 45 kilometer, sehingga menyebabkan berlaku pertindihan tugas.

Shaziman juga berkata MRR2 dan Lebuhraya Persekutuan di antara Kuala Lumpur dan Subang akan menjadi perintis kepada sebuah projek penggunaan lampu jenis LED yang lebih menjimatkan elektrik sehingga 55 peratus.

"Kita akan mula pasang lampu LED dijangkakan sebulan lagi, lampu LED ini lebih cerah pencahayaannya dan jika pemasangan itu berjaya kita akan memasangnya di jalan-jalan yang lain," katanya.

Beliau berkata MRR2 dipilih kerana ia adalah jalan paling popular di negara ini dengan kadar aliran trafik tertinggi iaitu 200,000 buah kenderaan sehari.

Menurutnya ketika dibina pada tahun 2002, kenderaan yang menggunakannya berjumlah kira-kira 72,000, tetapi kini ia bertambah begitu mendadak sekali. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan