Pilihan Raya Kampus UM Kecoh, Promahasiswa Pecah Pintu Kompleks Perdanasiswa

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pilihan raya kampus di Universiti Malaya (UM) memperlihatkan wajah buruknya pada Khamis apabila kumpulan Promahasiswa bertindak kasar dengan menyerbu dan memecah masuk ke Kompleks Perdanasiswa.

Insiden tersebut berlaku pada tengah hari selepas kumpulan berkenaan dilarang menemui Prof Datuk Dr Rohana Yusof, iaitu Timbalan Naib Canselor UM (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) oleh pengawal keselamatan universiti.

Selepas berlakunya perbalahan dan peristiwa menjerit-jerit, pergelutan pun terjadi di antara kumpulan berkenaan dengan kakitangan dan pengawal keselamatan universiti apabila mereka cuba meloloskan diri ke dalam kompleks tersebut.

Kumpulan Promahasiswa itu yang berjumlah sekitar 100 lebih orang pelajar tidak dapat menahan kesabaran dan rasa marah mereka ketika sedang menanti keputusan pihak pentadbiran ke atas nasib tujuh calon mereka yang digugurkan kelayakan bertanding.

Sejurus sebelum kejadian jelik itu, pihak pentadbiran universiti bersetuju untuk bertemu dengan wakil kumpulan berkenaan tetapi syor tersebut telah ditolak sebaliknya mereka mendesak agar Rohana turun bertemu dengan mereka.

Ketika berita ini ditulis, empat daripada tujuh calon yang tidak dibenarkan bertanding pada peringkat awal – tiga daripadanya adalah wakil Promahasiswa dan seorang wakil bebas - telah diberikan kebenaran untuk bertanding semula.

Bagaimanapun nasib tiga lagi masih belum diketahui.

Mereka yang digugurkan kelayakan bertanding adalah disebabkan antara lain gagal menghadirkan diri pada taklimat wajib pra-pilihan raya dan juga kerana kegagalan mengemukakan borang pencalonan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Sementara itu Pemimpin Penggerak Mahasiswa UM, Mohd Asri Zulkifli, 22, menyifatkan kejadian tengah hari itu sebagai memalukan malah mereka patut menerima tawaran pihak universiti untuk bertemu dengan wakil mereka.

“Tak perlulah nak menunjukkan kekuatan dengan memecah pintu kompleks berkenaan kerana sebagai pelajar universiti kita yang patut menunjukkan teladan yang baik bukan memperlihatkan budaya merusuh seperti itu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan