Penubuhan Akademi Menangani Jenayah Rentas Sempadan Disegerakan

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Akademi bagi menangani jenayah merentasi sempadan akan diwujudkan dengan segera bagi memastikan segala perancangan dalam menangani isu berkaitan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau telah mengarahkan kementeriannya agar proses mewujudkan akademi itu dilakukan dengan segera.

"Penubuhan akademi ini telah dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau telah menyatakan persetujuan untuk mempengerusikan sendiri jawatankuasa induk penubuhan akademi ini kerana ia melibatkan pelbagai inisiatif yang merentasi pelbagai kementerian.

"Saya akan mempengerusikan jawatankuasa penyelaras akademi berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Beliau berkata seramai 239 rakyat Malaysia yang dilaporkan ditahan sejak 2007 kerana kesalahan membawa dadah ke luar negara bukan satu perkara kecil dan ia perlu ditangani segera dengan langkah yang lebih strategik dan berkesan.

Hishammuddin berkata kementerian telah mengenal pasti lebih 30 jabatan dan agensi kerajaan termasuk Kastam Diraja Malaysia dan Bank Negara serta pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memulakan langkah penubuhan akademi itu.

Katanya akademi itu juga telah mengenal pasti enam aspek iaitu keganasan, penyeludupan manusia, penyeludupan dadah, pengubahan wang haram, jenayah siber dan penyeludupan senjata sebagai skop tumpuan.

"Kita juga telah mengadakan perbincangan dengan Australia, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, China dan negara-negara Asean dalam hubungan ini dan negara berkenaan telah mencapai persefahaman untuk mewujudkan rantaian kerjasama yang berkesan di bawah inisiatif ini," katanya.

Katanya beliau yakin, dengan komitmen semua pihak, akademi itu akan dapat beroperasi pada pertengahan tahun ini.

"Kita berhadapan dengan landskap baru dunia dengan cabaran globalisasi di mana jenayah bukan lagi berkait dengan hanya soal wang ringgit dan rasuah semata-mata, malah ia adalah merentasi sempadan yang datang bersama-sama proses globalisasi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan