Kementerian Pelajaran Cadang Lantik Jururunding Kaji Masalah Sekolah Daif

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LIMBANG: Kementerian Pelajaran sedang mempertimbangkan untuk melantik jururunding bagi menjalankan kajian lebih terperinci berkenaan kaedah mengatasi masalah-masalah bangunan sekolah daif di seluruh negara, kata menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, Khamis.

Katanya skop kajian masalah ini antara lain akan melibatkan tempoh masa sesebuah bangunan sekolah itu dapat digunakan serta cara untuk membangunkan sekolah.

Bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort Dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, beliau berkata satu audit yang dijalankan oleh kementeriannya ke atas kira-kira 10,000 buah sekolah di seluruh negara baru-baru ini, menunjukkan kira-kira 600 buah dikategorikan sebagai sekolah daif.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata peruntukan kerajaan sahaja tidak akan mencukupi untuk mengatasi masalah sekolah daif ini dalam masa yang singkat, dan berkemungkinan penglibatan syarikat swasta di bawah inisiatif pembiayaan swasta.

"Di bawah cadangan ini kita akan menggalakkan pihak swasta untuk membina sekolah dengan menggunakan kurikulum (kementerian) kita," katanya.

Sebelum itu, Muhyiddin dalam ucapannya mengumumkan peruntukan berjumlah RM500,000 untuk membaiki bangunan dan kelengkapan SK Ulu Lubai selain peruntukan RM120,000 untuk sebuah rumah panjang berdekatan sekolah itu.

Beliau yang dalam rangka lawatan dua hari ke Sarawak turut melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Tutoh Apoh di daerah Baram dan Batu Niah di daerah Miri.

Muhyiddin yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman akan menghadiri satu majlis sambutan Chap Goh Meh di Bandaraya Kuching malam Khamis sebelum meneruskan sesi lawatan beliau keesokan harinya ke pekan Pusa, Kampung Manggut, Spaoh dan Debak, kesemuanya di Bahagian Betong.

Beliau dijangka kembali ke Kuching sebelum balik ke Kuala Lumpur pada petang Jumaat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan