Bekas KPN Sahkan Dr M Mahu Hapuskan ISA

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi tidak melakukannya atas nasihat pihak polis.

“Ketika saya masih lagi perdana menteri, saya telah mencadangkan agar ISA dimansuhkan tetapi pihak polis tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana pada pandangan mereka masih terdapat ancaman kepada keselamatan negara.

“Saya juga telah mencadangkan agar tempoh tahanan dikurangkan hanya kepada setahun tetapi cadangan itu juga ditolak,” ujarnya lagi.

Dr Mahathir berkata, pihak polis adalah merupakan penasihatnya dalam hal ehwal keselamatan negara dan "jika mereka kata tangkap... saya pun tanda tanganlah.."

Beliau turut menegaskan bahawa ISA itu sendiri adalah satu akta yang baik tetapi penyalahgunaan kuasa yang ada pada akta itu yang tidak sepatutnya dilakukan.

“Mereka yang mengkritik ISA mengkritik akta itu kerana mereka tidak dapat menjadi perdana menteri... itu saja.

“Jika dia jadi perdana menteri... sedaplah,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Tun Hanif Omar, yang berkhidmat sebagai ketua polis negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir tidak menafikan kata-kata bekas perdana menteri itu dan menegaskan bahawa beliau telah menggesa kerajaan agar tidak memansuhkan ISA.

“Anwar Ibrahim (yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri) berkata kerajaan patut memansuhkan ISA dan Dr Mahathir bersetuju,” katanya lagi.

Bagaimanapun tegas Hanif beliau telah menasihati kerajaan agar berfikir dua kali dan tidak lama selepas itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub mengumumkan yang kerajaan sedang mengkaji semula ISA.

Malah Hanif turut mengesahkan bahawa Dr Mahathir sendiri beberapa kali menyuarakan pandangan tidak setujunya dengan kewujudan ISA.

“Apabila beliau menjadi perdana menteri, Tun Musa Hitam (yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri) telah menasihati saya supaya tidak merujuk kepada akta itu kerana perdana menteri tidak suka mendengarnya.

“Tetapi saya memberitahu Tun Musa bukan saya yang merangka dan meluluskan akta itu tetapi parlimen. Saya hanya menggunakan akta itu untuk melindungi negara ini dari sebarang ancaman.

"Jika tidak setuju Parlimen boleh memansuhkan ISA jadi saya tidak boleh lagi menggunakan akta tersebut sebagai satu senjata untuk bertindak," katanya lagi.

Hanif juga berkata yang beliau pernah menemui Dr Mahathir pada tahun 1987 bersama Pengarah Cawangan Khas, Tan Sri Rahim Noor akan keperluan untuk melakukan tangkapan besar-besaran dalam usaha untuk menghalang satu lagi peristiwa rusuhan seperti 13 Mei berulang.

“Senarainya sangat panjang dan kami bersetuju untuk memendekkannya... tetapi Dr Mahathir masih tidak gembira dengan senarai itu jadi kami potong dan pendekkan lagi dan akhirnya yang tinggal hanya 104 nama sahaja,” jelas Hanif.

Dr Mahathir dan Hanif, bersama-sama pejuang hak asasi kemanusiaan dan tokoh akademik, Prof Dr Chandra Muzaffar, adalah di antara panelis dalam satu program mengenai cabaran dalam sistem demokrasi masa kini yang berlangsung di bangunan Parlimen Khamis.

Lebih 200 tetamu termasuk ahli kedua-dua Dewan Rakyat dan Negara menghadiri program tersebut.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan