5,000 Anggota Wanita BN Akan Berkempen Di Merlimau

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Seramai 5,000 anggota wanita Barisan Nasional (BN) akan berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka.

Pengerusinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dalam menjalankan kempen meraih undi itu, anggota BN diingatkan sentiasa berdisplin, berhemah, dan mengelakkan diri daripada melemparkan dakyah palsu.

"Kita akan meneruskan pendekatan ini pada PRK Merlimau di samping mengawasi dakyah pembangkang yang akan menggunakan pelbagai cara dan helah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera Wanita BN dan Gelombang Merah 1Malaysia di Bilik Gerakan Wanita BN di Taman Merlimau Jaya, di sini petang ini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Suruhan Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon PRK Merlimau pada 26 Feb ini dan jika ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidir Abu Hassan dari BN akibat serangan jantung pada 20 Januari lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan