Umno Kuala Krau Yakin Dapat Pertahan DUN Kerdau

Diterbitkan: Rabu, 16 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Umno Kuala Krau yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada pilihan raya kecil kawasan itu yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketuanya Datuk Ismail Mohamed Said berkata bagaimanapun, keyakinan itu tidak bermakna kesemua 28 cawangan yang ada boleh berpeluk tubuh.

"InsyaAllah kita akan dapat mempertahankan kerusi ini dengan majoriti besar jika semua anggota parti bersatu dan bekerja keras," katanya di sini.

Sehubungan itu katanya, semua cawangan telah diarahkan melakukan persediaan bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan tarikhnya.

"Apa yang penting, kita mesti mengemaskan jentera sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kecil. Persediaan awal itu perlu dilakukan bagi memudahkan gerak kerja apabila tarikh pilihan raya kecil itu diumumkan kelak," katanya.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau turut berharap semua cawangan terbabit mengetepikan isu remeh dan menumpukan kepada usaha memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN).

"Apa yang penting kita proaktif mengenal pasti, menghubungi dan mendekati para pengundi," katanya.

Kerusi DUN kawasan Kerdau kini kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari BN pada Sabtu lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan