SUPP Kenal Pasti Lapan Muka Baru Untuk Pilihan Raya Negeri

Diterbitkan: Rabu, 16 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengenal pasti antara tujuh hingga lapan muka baru untuk dijadikan calon pada pilihan raya negeri kali ini.

Presidennya Tan Sri Dr George Chan berkata mereka akan menyuntik semangat baru khususnya dalam usaha SUPP merampas kembali lapan kerusi yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya negeri 2006.

"Kami tidak akan mengecewakan Barisan Nasional (BN) dan merayu kepada komuniti Cina agar memberi kami satu lagi peluang kerana kami akan memberikan yang terbaik selain menghadapi pilihan raya kali ini dalam keadaan lebih teguh dan berani," katanya pada majlis sempena Tahun Baru Cina, di sini malam Selasa.

Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berucap pada majlis anjuran Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Bahagian Kuching dan Samarahan.

Turut hadir Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pada pilihan raya negeri lepas, SUPP mencatat prestasi buruk khususnya di kawasan Cina di bandar apabila hanya menang 11 daripada 19 kerusi yang ditandingi.

Parti itu kemudian memperolehi satu lagi kerusi apabila wakil Bebas menyertainya.

Dr Chan berkata wakil rakyat SUPP kini bergerak aktif di akar umbi bagi menjelaskan kepada masyarakat bahawa parti itu maklum akan keperluan mereka dan berusaha memperjuangkan hak-hak mereka.

Ketika parti ini berjuang secara senyap-senyap untuk rakyat, parti pembangkang pula terpekik-terlolong di luar dan menuntut pujian apabila usaha SUPP membuahkan hasil, katanya.

"Inilah dilema kami," katanya.

Beliau berkata sejak 2006, SUPP telah banyak membuat perubahan termasuk merekrut 10,000 anggota baru dan mengenal pasti 300 belia yang akan dibimbing sebagai pemimpin parti pada masa depan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan