Penuntut Malaysia Yakin Peperiksaan Akan Ditangguh

Diterbitkan: Rabu, 16 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir yakin pihak universiti akan menangguhkan peperiksaan yang dijadual berlangsung dalam masa terdekat ekoran situasi semasa masih tidak mengizinkan mereka untuk kembali ke negara yang bergolak itu.

Anggota Jawatankuasa Akademik Persatuan pelajar Perubatan Malaysia di Universiti Mansourah, Mesir, Muhammad Azrul Azizi berkata beliau telah mengirimkan emel merayu pihak universiti supaya memanjangkan tempoh cuti dengan memaklumkan alasan mengapa mereka tidak dapat pulang untuk peperiksaan tetapi rayuannya itu tidak dilayan pihak universiti.

"Malahan pelajar masih berada di sana turut menasihati kami supaya tidak terburu-buru untuk pulang dan mengabaikan sikap tidak bertoleransi pihak universiti itu memandangkan kami masih menunggu keputusan daripada kerajaan bila boleh kembali ke sana.

"Kebiasaannya pihak universiti tidak akan meneruskan peperiksaan jika ramai pelajar yang tidak dapat menghadirkan diri...jadi kami yakin mereka akan menangguhkan sesi peperiksaan untuk semester ini sehingga semua pelajar pulang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Rabu.

Beliau diminta mengulas dilema yang dihadapi penuntut Malaysia yang tidak dapat kembali ke Mesir bagi menghadapi peperiksaan yang dijadual dalam masa terdekat.

Kementerian Pengajian Tinggi pada Rabu menghantar beberapa pegawainya ke Mesir selepas mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengadakan rundingan dengan universiti di sana berhubung kedudukan penuntut Malaysia yang terjejas ekoran krisis politik di negara itu.

Pada ketika ini terdapat kira-kira 200 penuntut Malaysia yang tidak pulang ke tanah air menerusi Ops Piramid atas pelbagai alasan termasuk sedang menjalani latihan amali di hospital di sana.

Sementara itu, penuntut perubatan University Mansoura, Muhammar Amin yang tidak pulang ke tanah air ketika dihubungi berkata aspek keselamatan di Mesir belum stabil.

Beliau berkata ini kerana walaupun demonstrasi jalanan sudah berakhir dengan institusi kewangan serta kedai menjual keperluan harian telah dibuka, jumlah anggota polis yang mengawasi kegiatan jenayah jalanan masih kurang.

"Pihak polis masih belum menjalankan tugas sepenuhnya dan tiada jaminan 100 peratus pelajar Malaysia akan selamat jika kembali dalam masa terdekat, " katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pasa masa ini, penuntut Malaysia yang tidak pulang mengambil inisiatif sendiri menjaga keselamatan seperti saling menghubungi di antara satu sama lain.

Muhammar berkata mereka juga sentiasa menghubungi pihak kedutaan bagi memaklumkan setiap pergerakan mereka dan mendapatkan maklumat terkini tentang situasi di bandar-bandar utama di negara itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan