Orang Asli Di Kerdau Mahu Wakil Rakyat Yang Terus Perjuangkan Nasib Mereka

Diterbitkan: Rabu, 16 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Penduduk Orang Asli di Kampung Paya Sendayan Kerdau berharap wakil rakyat yang bakal menggantikan Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau, akan terus memperjuangkan nasib kaum minoriti itu.

Batin Orang Asli Kampung Paya Sendayan Kerdau Abdul Rashid Ali berkata lebih 1,000 penduduk Orang Asli di kampung berkenaan, satu-satunya perkampungan Orang Asli di kawasan DUN Kerdau, amat mengharapkan seorang wakil rakyat yang dapat memberi pembelaan serta perhatian kepada masa depan mereka.

"Bagi penduduk Orang Asi di sini, kami tidak mempersoalkan siapa bakal calon yang akan bertanding nanti, apa yang penting masyarakat kami diberi pembelaan," katanya kepada Bernama di sini, pada Rabu.

Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian Zaharuddin Sabtu lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya bagaimanapun belum memutuskan tarikh pilihan raya kecil di kawasan itu.

Abdul Rashid berkata perkampungan Orang Asli itu telah banyak mengalami perubahan sejak 15 tahun lepas.

"Kerajaan Barisan Nasional telah membina 15 rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), balai raya dan tabika serta menyediakan bekalan elektrik, kemudahan air paip dan jalan bertar," katanya.

Beliau berkata sebagai wakil rakyat kawasan itu, Zaharuddin amat mesra dengan penduduk Orang Asli dan telah banyak menangani permasalahan Orang Asli di kawasan itu.

"Orang Asli kini sudah boleh menilai antara kaca dan intan dan saya percaya pengundi di kalangan kaum Orang Asli akan bijak memilih wakil rakyat mereka kelak," katanya.

Beliau berkata mengikut daftar pemilih SPR pada pilihan raya umum 2008, terdapat 298 pengundi Orang Asli di kawasan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan