Menteri Perdagangan India Lawat Malaysia Dari 17 Hingga 19 Februari

Diterbitkan: Rabu, 16 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan dan Perindustrian India Anand Sharma, akan melawat Malaysia dari 17 hingga 19 Februari ini untuk memeterai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (CECA) 2011.

Kenyataan oleh Pejabat Persuruhjaya Tinggi India di Malaysia hari ini menyebut, majlis perjanjian pada 18 Februari itu akan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

CECA ialah perjanjian perdagangan bebas yang meliputi perdagangan barangan dan perkhidmatan, selain kerjasama ekonomi.

Sharma akan melakukan kunjungan hormat ke atas Najib dan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau akan menemui para pegawai Majlis Perniagaan Malaysia-India, diketuai Datuk Krishnan Tan dan Konsortium Industri India di Malaysia, yang diketuai Umang Sharma.

Sharma akan diiringi delegasi perniagaan utamaan yang diketuai B. Muthuraman, presiden Persekutuan Industri India (CII), yang juga naib pengerusi Tata Steel.

Anggota lain terdiri daripada Chandrajit Banerjee (ketua pengarah CII); Suneeta Reddy (pengerusi Aircel Cellular Ltd); Manish Singhal (pengarah eksekutif, Bharat Earth Movers Ltd); Debashis Sarkar (pengurus besar Coal India Ltd); P.S. Nair (ketua pegawai eksekutif (CEO) korporat (sektor lapangan terbangr), Lapangan Terbang Antarabangsa Delhi); Deep Kapuria (pengerusi/pengarah urusan Hi-Tech Gears Ltd); Ranganathan Venkata Sheshan (CEO MAS GMR Aerospace Engineering Co Ltd); dan Dr Mukesh Aghi (CEO Steria India Ltd).

Delegasi perniagaan itu akan menemui Mustapa dan mengadakan pertemuan dengan Persekutuan pekilang-pekilang Malaysia dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan