MAS Kaji Kemungkinan Beli Boeing 737-900ER

Diterbitkan: Rabu, 16 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEATTLE: Malaysia Airlines (MAS) kini mengkaji kemungkinan membeli pesawat 737-900ER kerana ia berhak menukarnya dengan tempahan 737-800 sekarang, kata Pengarah Jualan Kanan Pesawat Komersil Boeing Paul Dubeck.

"Mereka sedang mengkaji perkara itu dan mempunyai hak untuk menukarnya," katanya kepada Bernama semasa ditanya sama ada MAS menunjukkan minat kepada 737-900ER.

Pesawat 737-900ER adalah pesawat jet berkembar jarak pendek hingga sederhana yang meningkatkan keupayaan keluarga model Next-Generation 737.

Pesawat 737-900ER boleh membawa tambahan 26 penumpang berbanding 737-900 dan sehingga 215 penumpang dalam satu kelas tunggal.

Ia juga boleh terbang tambahan sehingga 500 batu nautika - sehinggga 3,200 batu nautika (5,925 km) - sambil mencatatkan kos operasi lebih rendah berbanding pesawat A321.

MAS telah menempah 35 pesawat Next-Generation 737-800 pada 2008. Tempahan itu bernilai lebih US$2.6 bilion pada harga tersenarai semasa itu.

Syarikat penerbangan itu juga mendapat hak membeli tambahan 20 pesawat Next-Generation 737-800.

Satu perempat daripada 35 pesawat 737-800 yang ditempah dijangka diserahkan pada pertengahan tahun ini.

Pesawat berkenaan dipasang dengan adunan sayap yang akan membantunya mengurangkan penggunaan 4.0 peratus bahan api atau US$480,000 setahun. Ia akan turut meningkatkan jarak penerbangan dan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dan bunyi bising semasa berlepas.

Model pesawat baharu Next-Generation 737-800 akan menggantikan kumpulan pesawat 737-400 sedia ada.

Pesawat baharu itu juga dipasang dengan Boeing Sky Interior.

Bagaimana pun, Dubeck enggan mendedahkan sama ada MAS akan menggunakan hak membeli baki 20 pesawat 737-800.

Baru-baru ini, terdapat laporan berita bahawa Boeing telah menerima tempahan tempahan 32 pesawat baharu 737 pada tahun ini sehingga kini.

Khamis lepas, dilaporkan Alaska Airlines telah menempah 15 pesawat, Tentera Laut AS enam, satu dari pengendali bukan syarikat penerbangan dan 10 lagi dari pelanggan yang tidak dikenal pasti. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan