Penduduk Pekan Merlimau Teruja Bertemu Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 15 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Beberapa penduduk di Pekan Melimau di sini teruja bertemu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena lawatan tinjauan mesra beliau di kawasan itu pada Isnin.

Siti Noor Syahirah Abd Rahman, 19, yang sempat bersalaman dan berbual dengan Muhyiddin berkata ini merupakan perjumpaan kedua beliau dengan pemimpin berjiwa rakyat itu.

"Pertama kali jumpa di Mersing, Johor pada 2007, jumpa seimbas lalu sahaja, sekarang sempat bersalaman dan sempat bertanya khabar dengan beliau, tentulah seronok," katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai peralatan telefon di pekan itu. Muhyiddin melakukan "walkabout" di pekan kecil itu yang dihuni kira-kira 1,000 penduduk.

Menceritakan tentang perbualannya dengan Muhyiddin, Siti Noor Syahirah berkata pemimpin itu sempat bertanya mengenai perkembangan perniagaan di kedai milik majikannya itu.

Aw Yong Gern, 61, pemilik pasar mini berkata ini merupakan perjumpaan pertama beliau dengan Muhyiddin.

"Mula-mula takut sikit, tetapi dia (Muhyiddin) banyak baik, cakap banyak lembut, dia tanya macamana perniagaan saya, saya ada cakap terpaksa naikkan barang sikit kerana sekarang harga barang semua naik," katanya.

Wanita itu berkata pembangunan di kawasan Merlimau rancak dan cepat berkembang tetapi keadaan perhubungan jalan raya di kawasan itu perlu diperbaiki.

T Sivarajoo, 46, berkata ini merupakan kali kedua beliau berjumpa dengan pemimpin nombor dua negara itu, kali pertama pada 2005 semasa beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam satu majlis di Selangor.

"Saya berterima kasih kepada Muhyiddin kerana telah melakukan perasmian pecah tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di sini hari ini," katanya yang mengusahakan sebuah kedai runcit.

Menurutnya masyarakat India di Merlimau sudah lama memerlukan sekolah itu. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan