Pemuda Umno Perak Mahu Pendaftaran Pengundi Secara Automatik

Diterbitkan: Selasa, 15 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak pada Isnin mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pendaftaran automatik bagi mengatasi masalah rakyat yang masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata langkah itu sesuai dilaksanakan kerana sehingga kini terdapat lebih 4.9 juta rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi.

Khairul Azwan berkata pendaftaran automatik itu boleh dibuat berpandu kepada alamat di dalam MyKad dan SPR selepas itu boleh menghantar notis rasmi kepada mereka untuk memilih kawasan mengundi.

Katanya, sekiranya tiada sebarang respons dari pengundi tersebut, SPR boleh memutuskan untuk terus mendaftarkan mereka di alamat mengikut MyKad.

Beberapa pihak pernah membuat cadangan serupa sebelum ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan