Kerjasama Daripada Kerajaan Dalam Siasatan Kematian Teoh

Diterbitkan: Selasa, 15 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa ia akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Siasatan (CI) yang ditugaskan menyiasat kematian pembantu politik Teoh Beng Hock, kata ketua suruhanjaya itu, Tan Sri James Foong Chen Yuen pada Isnin.

Foong, yang mempengersukan sesi pertama CI di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini berkata, suruhanjaya itu turut berharap semua pihak berkuasa, agensi dan pihak-pihak terlibat dalam kes ini akan juga bertindak sedemikian.

"Kami akan memulakan siasatan ini dengan mempertimbangkan hak orang atau pihak-pihak yang akan diwakili di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan kami akan mendengar sebarang bantahan atau pandangan mengenai cara pengendalian siasatan ini oleh mana-mana pihak yang dibenarkan diwakili.

"Oleh itu, kami akan menggariskan haluan yang kami ingin ikuti dalam mengendali siasatan dan kemudian memulakan siasatan," kata beliau dalam ucapan pembukaan siasatan itu.

Beliau berkata suruhanjaya bercadang bersidang secara terbuka di venue yang ditentukan ini setiap hari pada hari-hari kerja dari 9.00 pagi hingga 4.30 petang sehingga selesai sebelum 25 April (kecuali ada keperluan untuk melawat lokasi tertentu).

Beliau berkata, memandangkan ruang venue yang terhad, suruhanjaya telah memasang skrin tv di pintu masuk mahkamah berkenaan di tingkat tiga bagi membolehkan mereka yang tidak dapat ditampung menyaksikan prosiding di situ.

Foong, bekas hakim mahkamah persekutuan, dibantu oleh Abdul Kadir Sulaiman, juga bekas hakim mahkamah perseketuan; bekas hakim Mahkamah Rayuan T.Selventhiranathan; ahli patologi forensik Hospital Pulau Pinang Dr Bhupinder Singh, dan dekan Universiti Kolej Sains Perubatan Cyberjaya Professor Dr Mohamed Hatta Shaharom. Pegawai pengendali ialah peguam kanan persekutuan Amarjeet Singh dan timbalan-timbalan pendakwa raya Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Kwan Li Sa. Hadir pada pendengaran hari ini ialah adik perempuan Beng Hock, Lee Lan dan ibunya Shuw Hor, yang diiringi oleh peguam mereka Karpal Singh dan Gobind Singh Deo.

Sejumlah 36 saksi akan dipanggil termasuk pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) Negeri Sembilan SAC Hishamuddin Hashim dan tiga orang ahli patologi yang pernah dipanggil sebagai saksi semasa inkues koroner terhadap kematian Teoh iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim, Dr Prashant Naresh Samberkar dan Dr Shahidan Md Noor.

Bagaimanapun, ahli patologi forensik Thai Dr Pornthip Rojanasunand akan hanya dipanggil sebagai saksi jika keluarga Teoh memerlukan kenyataan daripada beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan