Raja Arshad Canselor Baru Unisel

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad, Tan Sri Raja Arshad Tun Uda dilantik sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) yang baru berkuat kuasa 21 Februari ini.

Pelantikan itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang pada 20 November lepas mengumumkan berundur daripada jawatan itu apabila tempoh lantikannya tamat pada 5 Februari.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor Dr Halimah Ali berkata turut berkuat kuasa 21 Februari ini ialah pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam sebagai Pro-Canselor.

"Pelantikan ini menunjukkan kami tidak mahu mempolitikkan sistem pendidikan di Selangor dan menyahut saranan penuntut UNISEL yang mahukan Canselor mereka bukan terdiri daripada orang politik, kata Halimah pada sidang media, di sini, Isnin.

Beliau berkata pelantikan kedua-dua tokoh itu juga adalah sebahagian usaha menjenama dan menambah baik Unisel. Raja Arshad juga adalah Pengarah Khazanah Nasional, Pengarah Sime Darby Berhad, anggota Panel Kajian Semula Pencukaian, Pengarah Pro-Canselor Unisel, Pengerusi Yayasan Raja Muda Selangor, anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, serta Felo Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales.

Ismail pula yang mengetuai JPA sejak 2004, pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, ditanya mengenai penggunaan secara rasmi nama baru Unisel, Naib Canselornya Datuk Dr Rosti Saruwono yang turut hadir, berkata surat rasmi akan dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi minggu ini.

Pada 9 Februari lepas, Rosti mengumumkan Unisel akan dikenali dengan nama baru iaitu daripada Universiti Industri Selangor kepada Universiti Selangor sempena penjenamaan semula universiti itu setelah 11 tahun ditubuhkan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan