Pekerja Asing Terima Gaji Minimum Seperti Pekerja Tempatan Apabila Ia Dilaksanakan Kelak

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pekerja asing akan menikmati kadar gaji minimum seperti pekerja tempatan sekiranya dasar gaji minimum untuk pekerja sektor swasta di negara ini dilaksanakan kelak, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata setakat ini kerajaan menetapkan bahawa pembayaran gaji adalah berdasarkan kuasa pasaran sehinggalah keputusan muktamad mengenai pelaksanaan gaji minimum itu diputuskan kerajaan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penutupan Makmal Gaji Minimum di sini, Isnin, Subramaniam berkata sebarang permintaan untuk melaksanakan pemberian gaji minimum kepada pekerja asing pada masa ini tidak boleh dipenuhi kerana Malaysia tidak mempunyai struktur gaji minimum untuk pekerja tempatan.

"Apabila tiada kadar gaji minimum untuk pekerja tempatan jadi sebagai kerajaan kita tidak benarkan gaji minimum untuk pekerja asing," katanya mengulas pertanyaan media Indonesia kerana kerajaan tidak menetapkan kadar gaji minimum untuk pembantu rumah warganegara itu.

Subramaniam berkata ketika ini pekerja asing menerima upah yang sama dengan pekerja tempatan terutamanya dalam sektor perladangan.

Ketika ditanya mengapa kerajaan mengambil masa yang lama untuk melaksanakan skim gaji minimum, beliau berkata ia merupakan satu isu besar dan mesti dikaji secara mendalam sebelum sebarang keputusan diambil kerajaan.

"Sekarang kita telah mengumpul data daripada beberapa agensi kerajaan. Kita ada maklumat lengkap daripada segi pandangan beberapa sektor dengan butiran yang perlu supaya kerajaan boleh menghasilkan keputusan dalam hal ini," katanya.

Subramaniam berkata pihaknya akan mengambil kira kesemua idea yang diberikan sepanjang seminggu makmal itu diadakan antaranya wakil pekerja yang berpendapat penetapan kadar gaji minimum sangat ditunggu-tunggu mereka sejak sekian lama.

Wakil majikan pula memberitahu penetapan kadar gaji minimum itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya tidak diselaraskan dengan produktiviti pekerja, kata beliau.

Makmal berkenaan memperincikan peranan dan skop Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan selaras dengan aspirasi kerajaan meningkatkan gaji minimum pekerja mengikut arus perkembangan negara.

Sebelum ini, Subramaniam berkata kementerian akan membentangkan Rang Undang-undang Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan pada sesi Parlimen akan datang untuk menyelaraskan dan menetapkan gaji minimum pekerja sektor swasta di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan