Kes "Kekosongan Kerusi Pelabuhan Klang" Akan Didengar Khamis Ini

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hampir pasti pilihan raya kecil ke-16 sejak pilihan raya umum ke-12, 2008, akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang, sebaliknya Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar Khamis ini, satu saman mengenai kerusi DUN Pelabuhan Klang yang dipertikaian.

Kerusi DUN Kerdau kosong ekoran kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Zaharuddin Abu Kassim akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.

Sementara itu, hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil ke-15, DUN Merlimau, Melaka akan didakan pada 26 Februari dan jika ada pertandingan pengundian pada 6 Mac.

Kerusi itu juga kosong ekoran kematian penyandangnya daripada BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan akibat serangan jantung pada 20 Januari lepas.

Kontroversi DUN Pelabuhan Klang timbul setelah Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 16 Jan, dengan mengatakan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Bagaimanapun, pada 24 Januari, Badrul Hisham memfailkan saman memohon pengisytiharan bahawa beliau masih ADUN yang rasmi untuk kawasan pilihan raya tersebut dan sehubungan itu, beliau berhak menghadiri semua persidangan DUN.

Teng mendakwa dalam-jawapan-afidavitnya yang difailkan pada Khamis bahawa beliau dilindungi oleh Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan daripada mana-mana tindakan undang-undang oleh Badrul Hisham.

Beliau menambah bahawa Artikel 77 undang-undang Perlembagaan Selangor bertajuk "Kuasa-kuasa dan Keistimewaan DUN" juga memberikan beliau imuniti daripada disaman sebagai Speaker.

Teng berkata perenggan tiga Jadual Artikel 77 Undang-undang Perlembagaan Selangor 1959 bertajuk "Kuasa-kuasa dan Keistimewaan DUN" juga memberikan beliau imuniti daripada proseding undang-undang, termasuk proseding oleh Badrul Hisham.

Speaker itu juga memberikan contoh Artikel 69 perlembagaan negeri bahawa beliau mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kerusi itu kosong jika seseorang ADUN tidak hadir pada persidangan tanpa bercuti untuk tempoh selama enam bulan.

Pada 7 Februari, Mahkamah Tinggi Shah Alam memberikan injunksi sementara untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengadakan mesyuarat berkaitan status Badrul Hisham sehingga 17 Feb sementara menunggu saman permulaan yang difailkan oleh beliau didengar.

Badrul Hisham, yang memenangi kerusi Pelabuhan Klang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum 2008, keluar daripada parti itu pada Oktober 2009 untuk menjadi ADUN Bebas sebelum menyertai Umno pada Mei tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan