Jamil Khir Minta KDN Batalkan Permit Konsert Mohsen Namjoo

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit konsert penyanyi Iran, Mohsen Namjoo yang dijadual Jumaat ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ini kerana kata beliau, siasatan yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan lagu-lagu penyanyi itu mempunyai unsur-unsur yang menghina al-Quran dan agama Islam.

"Dikhuatiri jika diteruskan (konsert) itu boleh menimbulkan ketidakharmonian masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan kumpulan terakhir pelajar Malaysia dari Jeddah, Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) KL, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata siasatan Jakim itu adalah susulan laporan polis yang dibuat Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mengenai konsert tersebut.

Zulkifli dalam laporannya meminta pihak berkuasa menyiasat bagaimana penyanyi itu dibenarkan membuat persembahan di negara ini sedangkan beliau secara terbuka menghina Islam.

Mohsen, 35, dikatakan menggunakan ayat al-Quran dan menyampaikannya dalam bentuk menghina kitab suci itu.

Pada Jun 2009, penyanyi itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh sebuah mahkamah di Iran kerana tidak menghormati kesucian agama Islam selain memperlekeh al-Quran.

Bagaimanapun beliau terlepas daripada hukuman itu kerana menetap di Vienna, Austria.

Mengulas perkara berbeza, Jamil Khir berkata perkembangan terkini mengenai pengajian pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Katanya kerajaan dan kedutaan Malaysia di Mesir juga akan memantau keadaan di sana sebelum membuat keputusan untuk membenarkan penuntut negara ini kembali bagi menyambung pengajian mereka.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pelajar yang terbabit kerana bersabar serta memberi kerjasama penuh sepanjang Ops Piramid dilaksana. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan