Jadikan Sambutan Maulidur Rasul Pemangkin Tranformasi Negara - Najib

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak umat Islam supaya menjadikan sambutan Maulidur Rasul yang penuh keberkatan sebagai pemangkin untuk terus melonjakkan transformasi negara secara holistik dalam semua bidang.

Beliau berkata ia bagi melahirkan kekuatan satu ummah yang progresif dan menjadi umat yang hebat sebagaimana Rasulullah s.a.w merupakan insan yang hebat.

"Saya mendoakan agar sambutan Maulid Rasulullah S.A.W. kali ini benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Insya Allah," katanya dalam perutusan Maulidur Rasul 1432H dalam blog beliau www.1malaysia.com.my, di sini, Isnin.

Najib berkata bertepatan dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu "1Malaysia, 1Ummah", sudah tentulah Rasulullah S.A.W. sebagai ikon terbaik semua umat manusia, maka sirah baginda telah membuktikan bahawa baginda amat mengutamakan perpaduan antara umat yang berbilang kaum dan agama di Madinah.

"Iktibar ini dilaksanakan di negara kita melalui penghayatan 1Malaysia, 1Ummah," katanya. Najib berkata kekuatan berpaksikan perpaduan inilah yang menjadi rencah utama membawa transformasi murni kepada umat Islam di negara ini dan mesej ini perlu dihayati dan disebarkan kepada seluruh dunia Islam.

"Dalam era globalisasi ini, apa sahaja krisis yang berlaku di negara lain, akan dirasai impaknya oleh negara kita," katanya.

Mengambil contoh pergolakan yang berlaku di Mesir, Perdana Menteri berkata krisis politik negara itu telah turut memberi kesan langsung kepada 11,000 orang pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Beliau berkata bagi memastikan aset muda dan bakal pewaris negara ini selamat, kerajaan telah menjalankan misi menyelamat dengan pantas dan berkesan meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan.

"Namun, usaha membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir tetap diteruskan. Tetapi malangnya, terdapat segelintir pihak yang cuba mempolitikkan misi yang murni ini," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata ia tidak menjadi halangan untuk kerajaan meneruskan misi tersebut kerana yang penting ialah memastikan keselamatan warga Malaysia di sana.

"Misi nasional ini turut mendapat dukungan pihak swasta, rakyat dan pihak negara Mesir serta Arab Saudi dengan satu semangat kerjasama yang amat tinggi.

"Inilah ajaran Islam yang sinarannya bersumber daripada cahaya yang diutus oleh Allah s.w.t, iaitu baginda Rasulullah s.a.w," kata Najib. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan