Tempoh Kursus Pra-Perkahwinan Perlu Dipanjangkan

Diterbitkan: Ahad, 13 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tempoh kursus pra-perkahwinan bagi pasangan beragama Islam perlu dipanjangkan sebagai persediaan kehidupan berumahtangga yang semakin mencabar pada masa kini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Azizah Mohd Dun berkata tempoh dua hari yang diperuntukkan untuk kursus itu oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri terlalu singkat.

"Saya mencadangkan agar kursus ini dipanjangkan dengan pengisian kursus dikaji semula supaya sesuai dengan permintaan dan cabaran sosial semasa.

"Ini langkah yang perlu kita ambil, apatah lagi dengan pelbagai gejala sosial yang semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Keluarga Sakinah anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri di sini, Ahad.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan