SPR Belum Terima Notis Kerusi Kerdau Kosong

Diterbitkan: Ahad, 13 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menerima notis kekosongan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata demikian dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online di sini, Ahad.

Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai tarikh pilihan raya kecil kawasan tersebut dan kemungkinan ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya di Merlimau pada 6 Mac depan.

"Buat ketika ini saya masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada speaker dan sebagai menghormati keluarga Allahyarham, SPR tiada sebarang komen buat masa ini," katanya ringkas.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, BERNAMA melaporkan Wan Mohamed akan memaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Kerdau SPR esok.

Beliau berkata surat pemakluman itu akan dihantar kepada SPR sejurus pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Zaharuddin Abu Kassim petang semalam.

Bagaimanapun katanya, pemakluman secara tidak rasmi telah dimaklumkan kepada pihak SPR semalam.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di hospital Temerloh, Pahang kira-kira pukul 6.30 petang, Sabtu.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krau, Rodzuan Zaaba berkata, Allahyarham jatuh di bilik air di kediamannya di pekan Kerdau sebelum dikejarkan ke hospital sejurus selepas itu.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan