PAS Umum Calon Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau 24 Februari

Diterbitkan: Ahad, 13 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS akan mengumumkan nama calon yang mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, pada 24 Februari ini.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pengumuman itu akan dibuat sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Tapak Pasar Merlimau.

"Antara kriteria yang menjadi pilihan PAS ialah orang tempatan, diterima ramai dan sedia berkhidmat untuk rakyat. Lelaki atau perempuan tidak menjadi masalah," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat di sini, Ahad.

Tuan Ibrahim yakin bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, peratusan kejayaan bagi PAS berkemungkinan lebih tinggi berdasarkan penduduk di kawasan itu yang lebih bermaklumat.

Selain itu, hampir semua peti undi di sana seimbang daripada segi peratusan kaum, termasuk juga peti undi pos," katanya dan menambah DUN Merlimau boleh disifatkan sebagai medan terbuka bagi setiap parti yang bertanding.

Beliau tidak menolak kemungkinan kemenangan di DUN itu agak sukar, namun berkata setiap jentera PAS akan berjuang habis-habisan, sekurang-kurangnya untuk menambah jumlah undi kepada calonnya.

"Setakat ini, jawatankuasa PAS setiap negeri telah memutuskan untuk menghantar sekurang-kurangnya 100 orang, ini tidak termasuk daripada Pemuda dan Muslimat PAS, ke Merlimau untuk membantu berkempen," kata beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Februari dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 6 Mac.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, daripada Barisan Nasional pada 20 Januari lepas.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan