KPT Akan Hantar Pegawai Ke Mesir

Diterbitkan: Ahad, 13 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menghantar pegawainya ke Mesir bagi mengenal pasti pegawai-pegawai universiti di negara itu yang boleh membuat keputusan mengenai permohonan bagi membolehkan pelajar Malaysia pulang dari Mesir ekoran pergolakan di negara berkenaan, menduduki peperiksaan mereka di Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata selepas pentadbiran Mesir diambil alih tentera ekoran perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak baru-baru ini, pihaknya menghadapi kesukaran menghubungi pegawai-pegawai universiti di negara itu.

"Kementerian perlu menghubungi pegawai-pegawai universiti di sana bagi membincangkan soal sama ada mereka dapat membenarkan pelajar Malaysia menduduki peperiksaan di sini, ataupun menangguhkan sahaja jadual peperiksaan sekiranya pihak mereka berkeberatan untuk memberikan kebenaran itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-mukim DUN Johor Jaya, MCA Pasir Gudang di sini, Ahad.

Mohamed Khaled berkata pihaknya kini masih menunggu penilaian tahap keselamatan di Mesir oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum menghantar para pegawai ke sana.

Katanya beliau percaya keadaan di Mesir akan pulih tidak lama lagi dengan perletakan jawatan oleh Mubarak, dan kerajaan akan menimbangkan soal-soal mengenai kebenaran untuk pelajar Malaysia kembali ke Mesir bagi menyambung pengajian mereka di sana.

Menurut satu sumber lebih 2,000 pelajar Malaysia di Mesir tidak mahu pulang ke tanahair ketika 'Ops Piramid' dijalankan ketika ketegangan memuncak di negara itu, terutamanya di Kaherah.

Pelajar-pelajar itu tidak mahu pulang ke tanahair atas alasan tidak mahu terlepas peperiksaan tahun akhir mereka yang boleh menyebabkan mereka tidak dapat menamatkan pengajian, dan ada juga yang tidak mahu pulang kerana merasakan tempat mereka adalah selamat berbanding di Kaherah.

Ketika ini 1,200 pelajar perubatan belum menduduki peperiksaan mereka yang dijadualkan bermula semalam, membabitkan 1,000 pelajar daripada Universiti Tanta dan 200 lagi Universiti Al-Azhar.

Terdapat kira-kira 11,000 pelajar Malaysia mengikuti pengajian di universiti Mesir iaitu, 5,000 pelajar dalam bidang perubatan dan 6,000 lagi dalam jurusan agama.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan