Kerajaan Tangguh Pengambilan Doktor Pakar Dari Mesir

Diterbitkan: Ahad, 13 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Kerajaan terpaksa menangguhkan sementara pengambilan doktor pakar asing dari Mesir berikutan pergolakan dan keadaan politik yang tidak menentu di negara itu ketika ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata walaupun sebelum ini kementerian telah mencapai persetujuan dengan kerajaan Mesir untuk mendapatkan khidmat 58 doktor pakar dari negara itu, ia tidak dapat dilaksanakan buat sementara waktu.

"Ia akan diteruskan setelah keadaan politik di negara itu benar-benar pulih dan sebagai alternatif kita akan mendapatkan khidmat doktor pakar dari India dan Sri Lanka.

"Perbincangan telahpun diadakan dengan kedua-dua kerajaan dan mereka bersetuju untuk membekalkan kita dengan doktor pakar terbaik dari negara mereka untuk berkhidmat di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Daerah Kemaman di sini, Sabtu.

Lawatan itu turut disertai Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek merangkap Anggota Parlimen Kemaman.

Beliau berkata perbincangan antara dua negara terlibat ialah untuk memastikan doktor yang datang berkhidmat di negara ini benar-benar pakar dalam bidang mereka dan berkelayakan. Mereka yang terpilih katanya, akan berkhidmat secara kontrak selama dua tahun bermula Mac ini dan dalam masa yang sama mereka juga tidak akan hilang kekananan di negara asal.

Liow bekata sebelum ini kementerian mengiklankan kekosongan jawatan doktor pakar di negara ini ke luar negara menyebabkan kadang kala doktor yang dipilih tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki kementerian.

Sementara itu, kementerian meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi menaik taraf Hospital Kemaman termasuk membeli peralatan CT Scan, menyediakan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menambah bilangan doktor pakar di hospital itu.

Pada masa ini hospital itu mempunyai 15 doktor pakar, tetapi belum mempunyai ICU.

Beliau berkata kementerian juga bersetuju untuk membina sebuah hospital baru di daerah ini di tanah seluas 20 hektar di Bandar Baru Kijal dan hospital sedia ada akan dijadikan poliklinik. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan